August 12, 2011

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

                                         
LATAR BELAKANG….
       
Program Kelas Rancangan Khas oleh KPM di sekolah-sekolah menengah harian bermula pada tahun 1970an. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan peluang murid-murid khususnya Bumiputera dari kawasan luar bandar atau daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan.Program Kelas Rancangan Khas diwujudkan untuk menampung permintaan yang tinggi bagi menempatkan para pelajar cemerlang yang tidak berpeluang ke Sekolah Berasrama Penuh. sehingga 18 Januari 2011, terdapat 92 buah sekolah di negeri Selangor yang mempunyai program Kelas Rancangan Khas.
 

Wajah-wajah ceria pelajar KRK SMK Kajang Utama

OBJEKTIF….
1.  Membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi peperiksaan awam terutama prestasi PMR.
2.  Melahirkan pelajar cemerlang melalui aktiviti secara berfokus dalam program akademik kokurikulum, kerohanian, keunggulan sahsiah dan kepimpinan
3.  Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif serti kompetitif kepada murid-murid cemerlang yang tidak dapat belajar di Sekolah Berasrama Penuh SBP)
4.  Seterusnya, program ini juga diharapkan dapat  meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid