May 17, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS 'KEMBARA ILMU EMAS UTAMA' KE SINGAPURA




Alhamdulillah, setelah pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi oleh penyelaras KRK SMK Kajang Utama iaitu Pn Arpah bt Abu Chik, akhirnya impian untuk membawa murid-murid Emas Utama menjejakkan kaki ke Kota Singa tercapai.

Sebelum pergi luar negara..kena buat pasport dulu

Mak-mak pun turut membantu dalam melancarkan urusan pembikinan pasport

Wajah-wajah teruja nak pergi Singapore
Kembara Ilmu ini telah bermula pada 28 April dengan menaiki keretapi terus ke Woodlands dan berakhir pada 30 April 2012.  Seramai 56 yang terdiri dari murid dan 7 orang guru telah menyertai rombongan ini. Tempat pertama yang dilawati ialah Resort World Sentosa yang merangkumi Universal Studios Singapore dan kawasan peranginan yang lain. Pada malamnya peserta dibawa melawat ke Merlion Park dan Bugees Junction.

sekeluarga datang hantar nak bertolak ke Singapura..

Pn Rosdiana (Penolong Kanan Petang)

semua peserta dapat sebuah beg

beg siapa paling besar...
Cikgu Halimah, Cikgu Noorhayati, Cikgu Che Marhaini, Cikgu Arpah,
Ciku Badria dan Cikgu Noreliza  (tiada  dalam gambar - Pn Rosdiana)

tak sabar nak naik keretapi


Ada yang first time naik keretapi


Dah sampai ke bumi Temasik..tak jumpa tempat mandi..

Tanpa mandi, dengan bangganya menyarungkan T'shirt SMKKU


Ready untuk meneroka Singapura

aktiviti di Pulau Sentosa



UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE


Sempatla ...singgah Hollywood..






Semua ni ada di Universal Studios Singapore
  
Sebelum bertolak dari Pulau Sentosa..bergambar beramai-ramai

Taklimat dari pengajur lawatan

Dinner



Singapore Merlion

Tempat penginapan..Mithra Hostel

Pada keesokannya peserta berpeluang membeli-belah di Mustafa Centre sebelum melawat ke Pusat Sains Singapura. Tepat jam 1.30 petang,  keretapi untuk ke Kajang bertolak dan peserta rombongan tiba di Kajang sekitar jam 10.30 malam.


Mustafa Centre yang dibuka 24 jam dengan macam-macam ada dan murah -murah belaka
  (berbanding tempat lain di Singapura)

SINGAPORE SCIENCE CENTER 




Lawatan berakhir..semua peserta dan pengiring tersenyum puas..



Khairi Azim antara peserta yang paling puas..

Raja Annie Sofia - Peserta terbaik



March 05, 2012

SEPANJANG JALAN KENANGAN KRK 2011

ORAIT...SETELAH LULUS LEMBAGA PENAPISAN (KONONNYA..), MAKA DENGAN DENGAN INI DIPERSEMBAHKAN ...

January 26, 2012

PERJUMPAAN IBU BAPA / PENJAGA MURID KELAS RANCANGAN KHAS 2012

Sebagai pembuka tirai aktiviti 2012, satu perjumpaan dengan ibu bapa dijalankan pada 21 Januari 2012 di dewan SMK Kajang Utama pada 8.30 pagi - 11.0 pagi.  Kehadiran pada ibu bapa sungguh menggalakkan dan perbincangan dua hala berlangsung dengan rancak sekali.
Seorang bapa sedang memberikan pendapatnya

Sebahagian dari ibu bapa yang hadir

Pada hari ini juga disampaikan sijil kecemerlangan PMR kepada murid yang telah berjaya mendapat kesemua A dalam subjek yang diambil.





Antara murid yang datang untuk menerima sijil masing-masing,
sebahagiannya telahpun mendapat tawaran ke SBP